Pages

Wednesday, April 21, 2010

keliru?????



Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama:

* Kadar faedah

* Cagaran

* Tempoh

Kadar faedah

* Kadar faedah ialah caj yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kerana menggunakan duit mereka.

* Biasanya kadar faedah ditunjukkan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman dalam setahun.

* Faedah yang dikenakan berdasarkan pengkompaunan (iaitu faedah-atas-faedah) dan ia boleh terdiri daripada pengkompaunan tahunan/ bulanan/ harian (satu lagi istilah yang digunakan ialah kiraan atas baki tahunan/bulanan/harian).

Terdapat dua jenis kadar faedah

* Tetap

* Boleh ubah

Kadar tetap

Tetap dan tidak berubah. Jika kadar faedah tetap ialah 6% setahun, ia akan kekal 6% setahun sepanjang tempoh pinjaman.

Kadar boleh ubah

Boleh bertukar mengikut masa dan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard, seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLR terkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkin mengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah pada BLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayar tambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah 7.75% setahun.

Jenis-jenis pinjaman

Bercagar

* Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.

* Jika anda mempunyai pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman.

* Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.

* Apabila anda membiayai pembelian kereta anda melalui pinjaman bank, anda sebenarnya adalah penyewa (bukan pemilik) kereta yang anda pandu sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman anda.

* Begitulah juga dalam kes pinjaman rumah, bank akan memiliki 'tuntutan pemilikan' terhadap rumah tersebut sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman rumah.

Tidak bercagar

* Dalam pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman.

* Pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar.

* Untuk mengurangkan risiko, institusi pemberian pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.

Tempoh pinjaman


* Tempoh suatu pinjaman ialah jangka masa peminjam perlu membayar balik pinjaman.

* Kebanyakan pinjaman peribadi/kereta mempunyai tempoh 3 ke 9 tahun, manakala tempoh pinjaman rumah adalah jauh lebih lama dan biasanya boleh mencapai sehingga 30 tahun.

* Tempoh adalah jangka masa maksimum untuk peminjam membayar balik pinjaman mereka, pinjaman juga boleh dijelaskan sebelum tempoh tamat.


0 comments:

Post a Comment