Pages

Tuesday, May 18, 2010

Pembiayaan Pengusaha Kecil

tak tahu bagaimana nak mula?

Perniagaan Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil

hubungi ati segera
khidmat nasihat adalah percuma

Kelayakan Asas
Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon :
Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
Mempunyai lesen /permit/daftar perniagaan yang sah.
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00.


Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis aktiviti /premis perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-

Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.

Gerai Bergerak
Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak.

Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.

Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan,
salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak.

Perkhidmatan Pengangkutan
Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa.

Pembuatan Seperti industri kecil
memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih.

0 comments:

Post a Comment